Tuesday, 27 November 2012


KOMENTAR 4.05



Assalamualaikum,Salam Sejahtera Salam Mesra dan Salam 1 Malaysia  

...Nama saya achik,saya akan melakukan komentar mengenai HARI RAYA AIDILFITRI,moga anda semua terhibur....

.Hari Raya Aidilfitri (Bahasa arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya PuasaHari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama adaMelayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Aidiladha.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik
















Zakat fitrah dan takbir

Putrajaya Night Mosque PM Office.JPG
Sebahagian daripada siri tentangKebudayaan Islam
Hari cuti
Kesusasteraan
Muzik
Dastgah · Ghazal · Madih nabawi
Maqam · Mugam · Nasyid · Qawwali
Pakaian
Seni
Seni bina
Tarian
Teater
IslamSymbolAllahCompWhite.PNG
Portal Islam
 p  b  s 
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. 
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
.
Sembahyang Hari Raya Aidilfitri



 
Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

HUKUM MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT
Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.

 NIAT SOLAT HARI RAYA
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .



Bermaafan di pagi Hari Raya




Perbuatan memohon serta memberi kemaafan merupakan satu amalan yang mulia disisi syarak. Oleh itu di antara adat resam orang Melayu ketika menyambut Aidilfitri adalah dengan saling bermaafan di antara satu sama lain. Ucapan yang paling sering kita dengar ketika sambutan Aidilfitri adalah ‘maaf zahir dan batin’. Oleh itu sewajarnya untuk kita membincangkan tentang bagaimana untuk menjadi seorang yang pemaaf secara hakiki ketika kehangatan sambutan Aidilfitri semakin terasa.

Adakalanya kita merasakan begitu sukar untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita. Terkadang juga kita masih terbawa-bawa dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan kita dengan pihak tersebut. Ini sebenarnya secara tidak langsung menyalahi perintah Allah S.W.T. untuk mencintai sesama muslim. Sabda Nabi s.a.w.:

Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 13)



JUADAH DI HARI RAYA AIDILFITRI


LEMANG NYUM NYUM.. :)


Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.  Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan.
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. . Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito.



RENDANG AYAM..NYUM NYUM :)

Rendang merupakan satu juadah utama pada HARI RAYA AIDILFITRI selain ketupat dan lain-lain lagi






KETUPAT NYUM NYUM.. :)







Ketupat palas.
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.
Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging
.
SAMBAL KACANG NYUM NYUM.. :)

Sambal kacang ini boleh di makan dengan ketupat atau nasi himpit,dan selalunya ini di jadikan juadah di pagi raya.






PELBAGAI ANEKA KUIH RAYA

NYUM-NYUM!!!!   

Pelbagai jenis kuih ray yang boleh kita dapat di kedai-kedai,pasar malam,uptown dan pelbagai lagi.selalunya kuih yang di gemari dan juga menjadi rebutan ramai iaitu kuih TAT NENAS atau SAMPRIT,kuih ini adalah adat orang melayu kita apabila di hari raya...seperti kaum India mereka sediakan manisan dan kaum Cina ialah kuih bulan.




MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN

HUKUM MENZIARAHI KUBUR

Hukum menziarahi kubur hukumnya adalah sunat. Antara tujuannya ialah untuk menginsafkan manusia dan sekali gus mengingatkan kepada hari akhirat.

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang perbuatan ini, kerana bimbang kesan jahiliah masih mempengaruhi masyarakat. Namun,apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat.

Ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja,dan Nabi s.aw sendiri menziarahi kubur baq’i pada waktu malam. Apa yang pasti, menziarahi kubur digalakkan samaada siang mahupun malam kerana ia mampu menghadirkan keinsafan kepada kita.


                                                         BAJU RAYA BERANEKA WARNA


Baju raya yang pelbagai warna
selalunya berlaku apabila musim perayaan,dimana pihak ibu akan 
bertungkus lumus untuk membeli,menjahit dan sebagainya kerana
ingin melihat keseragaman keluarga ketika di hari raya

BERKUNJUNG KE RUMAH SANAK SAUDARA         

Selepas sahaja menunaikan solat sunat aidilfitri,keluarga akan berkunjung ke rumah saudara mara,ini juga salah satu adat umat ISLAM kunjung mengunjung dan maaf-bermaafan.

DUIT RAYA... :)YEEPI!!!!!!!!!!!!!




CERITA SAMPINGAN TENTANG HARI RAYA AIDILFITRI







SEKIAN SAJA KOMENTA SAYA MOGA ANDA TERHIBUR